Ruj. Kami : YC TG/07/2012
Tarikh : 22.02. 2012 Kepada semua ibu bapa dan penjaga Permohonan Kemasukan Kanak-Kanak (Warganegara) Ke Tahun Satu Sesi Persekolahan 2013 Dan 2014 Sekolah Rendah Negeri Selangor
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan melaksanakan urusan permohonan pendaftaran yang diarahkan. 2.1 Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2006 hingga 1.1.2007 untuk tahun persekolahan 2013. 2.2 Kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2007 hingga 1.1.2008 untuk tahun persekolahan 2014. 3. Ibu bapa/penjaga boleh membuat permohonan pendaftaran tahun satu secara online melalui laman web Jabatan Pelajaran Selangor http://apps.moe.gov.my/esppsel/ sebelum membuat pengesahan permohonan ke pejabat sekolah. * SJK(C) Yak Chee adalah di dalam daerah PPD Petaling Perdana 4. Ibu bapa hendaklah mencetak slip permohonan online tersebut dan membawa bersama dokumen berikut ke sekolah : a) Sijil Lahir kanak-kanak berkenaan (asal dan salinan). b) Kad Pengenalan ibu bapa/penjaga (asal dan salinan). c) Surat Nikah / Surat Cerai (asal dan salinan). d) Bukti alamat tempat tinggal atas nama ibu bapa/penjaga (salinan asal dan fotostat bil elektrik / bil air / cukai pintu / perjanjian jual beli yang terkini) e) Sampul surat putih bersaiz 4”x 9” (115 cm x 245 cm) bersetem 60 sen.
5. Jadual permohonan pendaftaran adalah seperti berikut :- Tarikh : 1 hingga 30 Mac 2012 Hari : Isnin – Jumaat (Hari kelepasan am dikecualikan). Masa : 8.00 pagi – 1.00 petang (Isnin – Khamis) 8.00 pagi – 12.15 tengahari (Jumaat) Tempat : Bilik Rawatan Blok C
6. Ibu bapa yang telah membuat permohonan penempatan sebelum ini diminta balik ke sekolah sekiranya terdapat maklumat yang perlu dikemaskinikan. Sekian, terima kasih. ”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menurut perintah, Ong Sead Ting Guru Besar, SJK(C) Yak Chee. Puchong.
|
二月 21, 2012 由sjkcyakchee
Advertisements
发表评论